Nama lengkapnya ialah Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar bin Abdullah bin Muhammad as-Sambasi. Beliau lahir di Kampung Dagang, Sambas[1]. Tarikh lahirnya ialah pada bulan Safar 1217 H bersamaan 1802 M. Beliau wafat di Makkah pada tahun 1289 H bersamaan dengan 1872 M. Setelah mendapatkan pendidikan agama di kampung halamannya, beliau berangkat ke Makkah pada ketika usianya 19 tahun. Ketika berada dikampung halamannya, beliau berguru dengan Syeikh Nuruddin Musthafa, Imam Masjid Jami’ Kesultanan Sambas. Setelah tiba di Makkah, beliau menadah kitab kepada nama-nama besar yang sangat terkenal seperti Syeikh Daud ibn Abdullah al-Fathani ulama besar Alam Melayu yang bermukim di Makkah, Syeikh Muhammad Salih Rays seorang mufti bermazhab Syafi’i, Syeikh Umar bin Abd al-Rasul al-Attar juga mufti bermazhab Syafi’i, Syeikh ‘Abd al-Hafiz ‘Ajami, Syeikh Bisri al-Jabarti, Sayyid Ahmad Marzuki mufti bermazhab Maliki, Abdullah (Ibnu Muhammad) al-Mirghani mufti bermazhab Hanafi dan Syeikh Usman ibn Hasan al-Dimyati. Dari nama-nama gurunya diatas, nampaknya Syeikh Khatib Sambas telah mendalami tiga mazhab besar Fiqh iaitu Syafi’i, Maliki dan Hanafi. Pada masa yang sama, tariqat sangat berkembang di Makkah. Sebagai contoh, tokoh yang sezaman dengannya iaitu Muhammad ibnu Sanusi adalah merupakan pengasas tariqat Sanusiyyah manakala Muhammad Usaman al-Mirghani, saudara kepada Syeikh Abdullah al-Mirghani adalah merupakan pengasas tariqat Khatmiyah. Penggabungan tariqat juga sangat popular pada masa itu. Sebagai contoh, tariqat Khatmiyah yang diasaskan Syeikh Abdullah adalah merupakan gabungan tariqat Naqshabandiyyah, Qadiriyyah, Chistiyah, Kubrawiyah dan Suhrawardiyah. Syeikh Ahmad Khatib juga tidak terlepas dalam amalan tariqat. Beliau menggabungkan dua tariqat yang sangat masyhur dalam dunia tariqat iaitu tariqat Qadiriyyah dan Naqsyabandiyyah sehingga dikenali dengan nama tariqat Qadiriyyah wan Naqsyabandiyyah (TQN).[2] Maka dengan tergabungnya dua tariqat itu, nama Syeikh Ahmad Khathib Sambas menjadi sangat terkenal. Di Makkah, Syeikh Ahmad Khathib Sambas merupakan Syeikh Mursyid yang teratas. Pengiktirafan ini diakui oleh ulama-ulama dunia luar. Seperti kata almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir,
Sepanjang sejarah perkembangan Tariqat Qadiriyah di dunia Melayu dari dahulu hingga sekarang memang tidak dapat dinafikan bahawa tokoh yang terbesar dan paling berkesan bagi ulama-ulama Jawi/Nusantara dalam penyebaran Tariqat Qadiriyah itu ialah Syeikh Ahmad Khathib Sambas. Nama beliau juga dikenal di Uzbekistan, kerana salah seorang murid beliau bernama Syeikh Abdul Murad, adalah seorang ulama Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang menerima tawajjuh kedua-dua tariqat itu daripada Syeikh Ahmad Khathib Sambas.[3]
Tentang tariqat yang diasaskannya itu iaitu TQN, nampaknya tariqat ini mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan muslim Indonesia, terutama dalam meniup semangat perjuangan masyarakat tempatan menentang penjajahan Belanda. Tariqat ini disebarkan dengan jayanya oleh anak-anak muridnya yang bertebaran di seluruh pelusuk Alam Melayu. Selain Indonesia, tariqat ini turut mendapat tempat di negara-negara lain yang bermazhab Syafi’i dan bertasawuf mengikut fahaman al-Junaid dan al-Bustami.[4] Amalan-amalan TQN Syeikh Ahmad Khatib Sambas dimuatkan dalam kitabnya yang masyhur yang bernama Fathul Arifin.[5] Kitab ini dikatakan merupakan himpunan nota-nota syarahannya yang dicatat oleh salah seorang muridnya bernama Muhammad Ismail bin Abdur Rahim. Catatan ini kemudiannya dibukukan di Makkah pada tahun 1295 H. Isi kandungannya meliputi tatacara, baiat, talqin, dzikir, muqarobah dan silsilah TQN. Buku inilah yang hingga saat ini masih dijadikan pegangan oleh para mursyid dan pengikut TQN. Dengan demikian maka tentu saja nama Syeikh Ahmad Khatib Sambas selalu dikenang dan di panjatkan dalam setiap doa dan munajah oleh para pengikut Tariqat ini. Walaupun Syeikh Ahmad Khatib Sambas sangat terkenal sebagai seorang tokoh sufi, namun beliau juga ada menghasilkan karya dalam bidang ilmu fiqh. Karyanya itu berjudul Perihal Juma’at.[6] Karya ini masih dalam bentuk manuskrip. Kandungannya membicarakan masalah seputar Juma’at dan membahas mengenai hukum penyembelihan secara Islam. Pada bahgian akhir naskah manuskrip, terdapat satu nasihat panjang sebelum di akhiri dengan beberapa amalan wirid beliau selain amalan TQN. Karya lain yang dapat dikesan adalah merupakan himpunan manuskrip yang membicarakan tentang fiqh, taharah, solat dan penyelenggaraan jenazah. Apa yang menarik tentang tokoh besar ini ialah sejarah hidupnya ada tercatat dalam kitab-kitab yang ditulis oleh orang Arab. Kitab yang pertama ialah Siyar wa Tarajim, karya Umar Abdul Jabbar dan kitab yang kedua ialah Al-Mukhtashar min Kitab Nasyrin Naur waz Zahar, karya Abdullah Mirdad Abul Khair yang kemudiannya kitab ini diringkaskan oleh Muhammad Sa’id al-’Amudi dan Ahmad Ali. Dalam kedua-dua kitab inilah ada dicatatkan tentang tahun lahir dan wafatnya Syeikh Ahmad Khatib Sambas. Umar Abdul Jabbar, menyebut bulan Safar 1217 H (kira-kira bersamaan 1802 M.) sebagai tanggal lahirnya dan ini disepakati oleh Muhammad Sa’id al-Mahmudi dan Ahmad Ali yang meringkaskan karya Abdullah Mirdad. Namun mengenai tahun wafatnya di Makkah, terdapat perbezaan. Abdullah Mirdad Abul Khair menyebut bahawa Syeikh Ahmad Khatib wafat tahun 1280 H (bersamaan 1863 M) sedangkan menurut Umar Abdul Jabbar pada tahun 1289 H (bersamaan 1872 M). Tahun wafat 1280 H yang disebut oleh Abdullah Mirdad Abul Khair tertolak berdasarkan sebuah manuskrip Fathul Arifin salinan Haji Muhammad Sa’id bin Hasanuddin, Imam Singapura, yang menyebutkan bahawa Muhammad Sa’ad bin Muhammad Thasin al-Banjari mengambil tariqat (berbaiat) dari gurunya, Syeikh Ahmad Khatib yang berada di Makkah ketika sedang menjalani khalwat. Manuskrip ini menyebut bahawa baiat ini terjadi pada hari Rabu ketujuh bulan Dzulhijjah, tahun 1286 H. Ini bererti pada tanggal 7 Dzulhijah 1286 H Syeikh Ahmad Khathib Sambas masih hidup. Oleh kerana itu, tanggal wafat Syeikh Ahmad Khatib Sambas, yang wafat tahun 1289 H seperti yang disebut oleh Umar Abdul Jabbar lebih mendekati kebenaran berbanding dengan apa yang dinyatakan oleh Abdullah Mirdad Abul Khair.
Anak murid Syeikh Ahmad Khatib Sambas ini sangat ramai bahkan pengaruhnya dalam bidang tariqat ini dikatakan melebihi tokoh-tokoh penyebar Tariqat Qadiriyah seperti Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri dan lain-lainnya yang lebih dahulu.[7] Antara nama anak muridnya yang juga merupakan ulama besar ialah
1. Syeikh Zainal Abidin yang berasal dari Kelantan. Beliau diutus oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas ke Kalimantan Barat sebagai `Ketua Khalifah' di sana. Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani meninggal dunia di Kampung Sebedang, Sambas.
2. Syeikh Abdul Karim al-Bantani. Beliau dilantik oleh Syeikh Ahmad Khatib sebagai khalifah di Makkah.[8] Beliau mempunyai murid yang sangat ramai sesudah Syeikh Ahmad Khatib Sambas.
3. Syeikh Ahmad Hasbullah bin Muhammad al- Manduri wakil khalifah di Jawa Timur.
4. Syeikh Zarkasyi Barjan Porwajo dan Syeikh Ibrahim Berumbung wakil khalifah di Jawa Tengah.
5. Syeikh Asnawi Banten di Jawa Barat.
6. Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim berasal dari Pulau Bali.
7. Haji Abdul Lathif bin Haji Abdul Qadir berasal dari Sarawak.
8. Haji Ahmad Shah dari Pontian, Johor.[9]
[1] Terletak di Kalimantan Barat
[2] Martin van Bruinessen, Julia Day Howell. 2007. Sufism and the 'modern' in Islam. I.B. Tauris. London. Hlm.168
[3] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Ahmad Khathib Sambas - Mursyid Tariqat Qadiriyah. Utusan Malaysia. Terbit pada 6 Disember 2004. Boleh dirujuk di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive
[4] Said Aqil Siroj. 2006. Tasawuf sebagai kritik sosial: mengedepankan Islam sebagai inspirasi, bukan aspirasi. Pustaka Mizan. Bandung. Hlm 426
[5] Kitab ini pernah ditashih oleh Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, ulama besar Alam Melayu abad ke-19. Rujuk tulisan Wan Mohd Saghir Abdullah. 2008. Saiyid Muhammad Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus. Utusan Malaysia. Terbit pada 3 November 2008. Boleh dirujuk di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
[6] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2008. Saiyid Muhammad Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus. Utusan Malaysia. Terbit pada 3 November 2008. Boleh dirujuk di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
[7] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Ahmad Khathib Sambas - Mursyid Tariqat Qadiriyah. Utusan Malaysia. Terbit pada 6 Disember 2004. Boleh dirujuk di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive
[8] Ahmad Syafii Mufid. 2006. Tangklukan, abangan, dan tarekat: kebangkitan agama di Jawa. Yayasan Obor Indonesia. Hlm 35
[9] Abdul Rahman Abdullah. 1997. Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan aliran Gema Insani Press. Jakarta. Hlm 52

No comments:
Post a Comment