Tuesday, December 15, 2009

Tuan Guru Haji Wan Ibrahim (Pak Cu Him) Gajah Mati Ulama dan Penyair Ulung

Nama sebenar ulama besar yang berasal dari Patani ialah Wan Ibrahim bin Wan Abdul Qadir bin Wan Mustafa al-Fathani.[1] Beliau yang lebih terkenal dengan panggilan Pak Cu Him merupakan adik bongsu kepada ulama terkemuka Patani yang bermastautin di Makkah iaitu Syeikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir (lebih dikenali dengan panggilan Pak Da Ail) dan sepupu kepada ulama besar Tanah Haram abad ke-19 iaitu Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.[2] Ayahandanya yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Bendang Daya adalah merupakan mudir pondok Bendang Daya yang sangat terkenal di Patani pada abad ke-19.[3] Ayahandanya meninggal dunia ketika beliau baru berusia 3 tahun.[4] Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Chegar, Patani dan kemudiannya berhijrah ke Pondok Bermin dan Pondok Tok Raja Jambu untuk mendalami ilmu agama.[5] Di Bermin, beliau dikatakan berguru dengan Tok Jakar. Pak Cu Him melanjutkan pengajian ke Makkah sekitar tahun 1910-an. Disana beliau menadah kitab kepada beberapa ulama besar seperti
1. Syeikh Wan Daud bin Wan Mustafa – Beliau adalah bapa saudara Pak Cu Him. Dengan Syeikh Wan Daud, Pak Cu Him menguasai bahasa Arab termasuk sastera dan syair Arab sehingga berjaya menghasilkan kitab Qawaid Fiqhiyah dalam bentuk syair dalam tulisan tangan
2. Syeikh Yahaya Patani
3. Tok Ramli
4. Syeikh Muhammad 'Ali Maliki
5. Syeikh Muhammad Mukhtar al-Jawi
Beliau berada di Makkah kira-kira 12 tahun lamanya dan kealimannya diiktiraf di Makkah apabila beliau mendapat tauliah untuk mengajar disana.[6] Beliau kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1924. Beliau tidak terus pulang ke kampung halamannya sebaliknya mengambil keputusan untuk menetap di Kedah.[7] Ketika di Kedah, beliau berkahwin dengan Hajah Zainab, anak kepada Tuan Guru Haji Che Dol atau Haji Ismail Che Dol bin Mustafa al-Fathani iaitu adik kepada Tuan Guru Haji Hussein Che Dol, guru Pondok Gajah Mati.[8] Pasangan ini dikurniakan 11 orang anak dimana antara anak-anaknya yang menjadi ulama besar ialah seperti Tuan Guru Haji Wan Abdul Qadir dan Tuan Guru Haji Wan Mustafa yang kemudiannya memimpin Pondok Gajah Mati.[9]
Pak Cu Him kemudiannya mengambil alih pondok bapa mertuanya dengan mengekalkan kaedah yang telah ditetapkan oleh bapa mertuanya iaitu Tok Ayah Che' Dol di Pondok Gajah Mati iaitu mengajar bahasa Arab dengan memberi perhatian khusus kepada ilmu nahu, saraf, balaghah, syair dan mantiq.[10] Ilmu-ilmu agama yang turut diajar ialah seperti feqah, tauhid, al-Quran dan Hadith.[11] Antara kitab yang beliau gunakan sebagai teks pengajaran ialah seperti kitab Ibnu 'Uqail (syair), kitab Syarah Al-Qutur dan Syarah Al-Syuzur yang dikarang oleh Syeikh Jamaluddin ibn Hisham (nahu) dan Al-Tahrir dan Fathul-Wahhab karya Sheikh Zakaria Al-Ansari (feqah).[12] Ketika beliau memimpin pondok tersebut, penuntut-penuntut dari segenap pelusuk Alam Melayu datang membanjiri pondoknya. Ada yang datang dari Jambi, Mandailing, Patani, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan sekitar negeri Kedah sendiri.[13] Pada zaman kemuncaknya, pondoknya pernah dihuni oleh kira-kira 600 orang penuntut pada satu-satu masa.[14]
Pak Cu Him sangat mementingkan perpaduan dan pemuafakatan. Pengalamannya ketika berhadapan dengan suasana kacau bilau masyarakat Arab di Timur Tengah telah memberi kesedaran yang sangat mendalam kepada dirinya tentangnya penting perpaduan sesama umat Islam.[15] Untuk tujuan itu, beliau bersama-sama dengan bapa mertuanya, tokoh-tokoh agama seperti Haji Awang (ayah Tuan Guru Haji Ahmad Rabat) dan Tuan Guru Haji Ahmad Rabat, penghulu Mukim Padang Pusing, imam dan ketua-ketua kampung telah menggubal satu peraturan bagi menjaga perpaduan masyarakat didalam mukim tersebut.[16] Perjanjian yang dikenali dengan nama "Jam'iaitul Ittihadiyah" ("Perhimpunan Yang Bersuatu") telah terbentuk pada 17 Ogos 1926 secara rasmi.[17] Antara peraturan yang dinyatakan didalam peranjian itu ialah semua pihak perlu bekerjasama dan patuh kepada syariat Islam. Jika didapati ada yang melanggar peraturan yang ada kaitan dengan kerjasama masyarakat maka mereka boleh dikenakan hukuman seperti tiada menziarahinya apabila ia sakit, memulaukan kendurinya, tidak mengunjungi kematiannya melainkan dua orang yang akan mengebumikan mayatnya, tidak akan mendapat layanan dari mudim dan bidan dan mengasingkan kuburnya.[18] Mana-mana individu yang melanggar hukum-hukum adat dan syarak pula akan diserahkan kepada pemerintah agar dihukum dengan sewajarnya mengikut Undang-undang Negeri.[19]
Kealiman beliau ditagih oleh masyarakat sekitar Kedah. Atas sebab itu, Pak Cu Him kemudiannya mendapat tauliah mengajar diseluruh negeri Kedah pada tahun 1931 dari Syeikhul Islam Kedah pada waktu itu iaitu Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Sidek.[20]
Pak Cu Him sangat mahir menggubah syair dalam bahasa Arab. Diriwayatkan beliau boleh menggubah sebuah syair Arab ketika duduk dalam kereta tanpa memerlukan masa yang panjang atau lama untuk berfikir.[21] Selain beliau, seorang lagi ulama besar Melayu yang berkemahiran menggubah syair dalam tempoh yang singkat ialah Tuan Guru Haji Abdur Rahman Merbok yang juga tinggal di Kedah. [22]

Kitabnya yang paling masyhur berjudul "Fathul Jalil Wa Syifa Ghalil".[23] Kitab ini selesai dikarang pada 30 Jun 1966.[24] Antara isi kandungannya ialah tentang sifat mustahil Allah Ta’ala iaitu qadim atau baharu.[25] Dalam karya ini beliau menggubah 51 bait syair Arab dan membuat ulasan atau syarah kepada tiap-tiap bait itu dalam Bahasa Melayu.[26] Selain kitab ini, Pak Cu Him ada menulis fatwa-fatwa agama dan juga khutbah-khutbah yang ditinggalkan tanpa dicetak dalam Bahasa Melayu dan Arab.[27] Tokoh besar yang dilahirkan pada tahun 1894 ini menghembus nafasnya yang terakhir pada 11 Syawal 1388 H bersamaan 11 Januari 1968 M ketika berumur 75 tahun.[28] Jenazahnya disemadikan di perkuburan masjid lama Kampung Gajah Mati berhampiran kubur Tok Ayah Haji Ismail Che' Dol, ayah mertuanya.[29]




[1] Dirujuk dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16012&Itemid=59. Dicapai pada 15 Disember 2009
[2] Ibid
[3] Ibid
[4] Ibid
[5] Ibid
[6] Ibid
[7] Ibid
[8] Ibid
[9] Ibid
[10] Dirujuk dari http://www.mykedah2.com/10heritage/102_4_10.htm. Dicapai pada 15 Disember 2009

[11] Dirujuk dari http://www.mykedah2.com/10heritage/102_4_10.htm. Dicapai pada 15 Disember 2009
[12] Ibid
[13] Ibid
[14] Ibid
[15] Ibid
[16] Ibid
[17] Ibid
[18] Ibid
[19] Ibid
[20] Ibid
[21] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2009. Tulisan ulama Melayu dalam kesusasteraan Arab. Utusan Malaysia. Ruangan Bicara Agama. Kuala Lumpur. Terbit pada 16 Februari 2009. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
[22] Ibid
[23] Dirujuk dari http://www.mykedah2.com/10heritage/102_4_10.htm. Dicapai pada 15 Disember 2009
[24] Ibid
[25] Ibid
[26] Ibid
[27] Ibid
[28] Ibid
[29] Ibid




Almarhum Pak Cu Him Gajah Mati (1894-1968)

Pondok Gajah Mati yang sangat terkenal sekitar 1930-an hingga 1960-an

Friday, November 27, 2009

Syeikh Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari Mufti Inderagiri

Syeikh Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad 'Afif adalah merupakan ulama besar berketurunan dari Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Ulama besar ini mendapat pendidikan di tempat asalnya iaitu di Dalam Pagar, Martapura sebelum meneruskan pengajiannya di Makkah. Beliau berangkat ke Makkah untuk mendalami pengajian agama dalam usianya 20-30 tahun antara tahun 1882/1883 Masehi hingga tahun 1889 Masehi. Di Makkah, beliau mempelajari ilmu-ilmu agama Islam dengan ulama-ulama terkemuka seperti Syeikh Sayid Bakri al-Shata', Syeikh Sayid Bahasyil dan Syeikh Nawawi Banten. Setelah belajar di Makkah selama lebih kurang 5 tahun, beliau telah dianugerahkan oleh gurunya, Syeikh Sayid Bakri al-Shata dengan gelaran ash-Shiddiq yang terus lekat pada namanya hingga ke akhir hayatnya. Gelaran itu adalah berdasarkan penguasaannya yang meluas dalam ilmu-ilmu Islam yang ditekuninya disamping kewarakan akhlaknya yang terpuji. Walaupun ia telah mendapat pengiktirafan dari gurunya di Makkah, beliau tetap ingin menambah ilmu dan berhasrat hendak menimba ilmu di Madinah pula. Kemungkinan besar beliau kembali ke Martapura antara tahun 1890/1891 hingga tahun 1897. Tidak berapa lama selepas itu, beliau mua berhasrat untuk berhijrah ke Sumatera. Tempat yang ditujunya ialah Bangka. Beliau tinggal di Bangka selama 15 tahun dan kemudian berpindah ke Inderagiri antara tahun 1909 M hingga tahun 1912 M. Beliau mengabdikan dirinya didalam Kerajaan Inderagiri setelah diangkat oleh Sultan Mahmud Shah (Raja Muda) menjadi Mufti Kerajaan Inderagiri dari tahun 1919 M hingga 1939 M yang berkedudukan di. Rengat.[1] Murid-muridnya sangat ramai termasuklah Singapura, Malaysia, Jambi, Palembang dan Kalimantan. Ketika hayatnya, beliau dikenali sebagai Pujangga dan Sasterawan kerana banyak mengarang buku sastera selain mengarang kitab agama. Syeikh Abdurrahman yang dilahirkan pada tahun 1857 M/ 1284 H wafat di Parit Hidayat, Sapat, Kecamatan Kuala Inderagiri pada 10 Mac 1939.[2] Peninggalan Syeikh Abdur Rahman yang terkenal adalah masjid yang dibangunnya sendiri pada tahun 1927. Masjid ini mempunyai senibina unik yang terserlah pada atapnya dan lokasinya adalah kira-kira 200 meter dari makamnya.
Antara karya penulisannya ialah
1. Fathu al'Alim fi Tartib al Ta'lim, diterbitkan di Singapura, Matba'ah Ahmadiah, 1322.
2. Risalah 'Amal Ma'rifah, diterbitkan di Singapura : Matba'ah Ahmadiah, 1322.
3. Majmu' al Ayah wa al Hadist fi fada-il al ilmi wa al 'ulama wa al Muta'allimin wa al Mustami'in, Singapura : Matba'ah Ahmadiah, 1355.
4. Kitab Asrar al Sholat min Uddat al Kutub al Mu'tamadah, selesai ditulis tahun 1334/1915, diterbitkan di Singapura: Matba'ah Ahmadiah, 1931.
5. Risalah Sejarah Arsyadiah, Singapura : Matba'ah Ahmadiah, 1354
6. Tazkirah li Nafsi wa li Amtsali, Singapura : Matba'ah Ahmadiah, 1354.
7. Kitab al Fara-id, Singapura: Matba'al Ikhwan, 1338.
8. Sejarah Perkembangan Islam di Kerajaan Banjar, Singapura: Matba'ah Ahmadiah, 1355.
9. Bay'u al Hayawan li al Kafirin, Singapura: dikeluarkan oleh Matba'ah Ahmadiah, 1355
10. 'Aqaid al Iman, selesai ditulis pada tahun 1919 dan diterbitkan di Banjarmasin
11. Syair Ibarat Khabar Kiamat, Dicetak di Singapura oleh Matba'ah Ahmadiah, tahun 1344. Kitab ini telah didaftar oleh Pemerintah Inggeris di Singapura pada 1 Julai 1915/1344[3]

Syeikh Abdur Rahman banyak menukilkan bab-bab tasawwuf didalam tulisannya. Beliau sangat menekankan tasawwuf akhlak. Pentingnya akhlak itu adalah kerana ia berkaitan dengan hati dan mempengaruhi tingkah laku. Akhlak yang baik melahirkan jiwa yang bebas dari pengaruh hawa nafsu sebaliknya sebaliknya akhlak yang tercela akan melahirkan jiwa yang dipengaruhi oleh hawa nafsu. Komponen akhlak itu adalah seperti berikut,
1. Tafakkur dan Taubah
Tafakkur merujuk kepada proses berfikir yang mengandungi pengakuan dan penyesalan terhadap kesalahan-kesalahan serta bertaubat dari segala dosa. Cara bertafakur menurut Syeikh Abdur Rahman adalah dengan membaca kalimah syahadah secara perlahan-lahan dan menghayati maknanya. Selanjutnya melakukan tiga perkara dalam tafakkur iaitu ‘Ibrah - mencari-cari kesalahan diri sendiri, menyesalinya, dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan-perbuatan itu lagi. Khauf - takut akan murka Allah dan seksa-Nya serta takut tidak diterima amalnya dan Raja’ - berharap akan rahmat dan ampunan Allah serta berharap akan diterima segala amalannya.
2. Al-Zuhd
Kehidupan yang kekal adalah kehidupan di akhirat sedangkan kehidupan di dunia harus dijadikan bekal ke akhirat. Syeikh Abdur Rahman memperingatkan agar hidup ini jangan tertipu dan terpedaya dengan dunia.
3. Tawakkal
Tawakkal adalah penyerahan diri iaitu rela terhadap apa yang dikehendaki Allah swt.
4. Sabar
Sabar yang dimaksudkan disini ialah sabar dalam menggunakan nikmat, sabar dalam melakukan ketaatan dan menjauhi kemaksiatan dan sabar dalam menghadapi cabaran atau hal-hal yang tidak diingini. Sifat sabar mendatangkan banyak manfaat sebaliknya orang yang tidak mempunyai sifat sabar akan mudah dihinggapi sifat marah. Menurut Syeikh Abdur Rahman, orang yang dihinggapi dengan sifat marah adalah orang yang rugi. Pertama, hilang akal dan keseimbangan jiwa, sehingga salah dalam membuat keputusan atau mengambil tindakan. Kedua, hilangnya atau berkurangnya iman seseorang. Ketiga, kehilangan sahabat.
5. Ikhlas dan menjauhi riak
Ikhlas adalah bersih amal kepada Allah, dan sifat ini merupakan syarat untuk mendapatkan pahala amal ibadah. Syeikh Abdur Rahman membahagikan ikhlas kepada dua iaitu ikhlas al-abrar dan ikhlas al-muqarrabin. Ikhlas al-abrar merujuk kepada seseorang yang beramal semata-mata menjunjung perintah Allah SWT. tanpa mengharapkan apapun selain daripada Allah, termasuk tidak mengharapkan syurga dan juga tidak memohon dijauhkan dari api neraka. Sedangkan ikhlas al-muqarrabin merujuk kepada seseorang yang beramal tetapi tidak mengakui dan tidak merasakan bahawa amalan-amalan itu sebagai usaha ikhtiarnya bahkan dalam ma’rifatnya semuanya itu adalah semata-mata amalan Allah dan atas taufik-Nya. Ikhlas al-abrar disebut ikhlas li Allah (ikhlas kerana Allah) manakala ikhlas al-muqarrabin disebut ikhlas bi Allah (ikhlas dengan pertolongan Allah). Ikhlas al-muqarrabin merupakan pengertian ikhlas menurut pandangan ulama tasawwuf di mana para sufi menyebutkan bahawa ikhlas peringkat pertama adalah melepaskan diri dari daya upaya dan apabila keikhlasan itu sampai pada peringkat kedua maka ia akan terhindar dari sifat riak, ‘ujub, dan sum’ah. Riak ada dua iaitu riak jali (yang nyata) dan riak khafi (yang tersembunyi). Riak jali adalah seseorang beramal di hadapan orang lain, tetapi apabila ia bersendirian amalan itu tidak dikerjakannya manakala riak khafi pula ialah seseorang beramal baik di hadapan orang lain ataupun tidak, tetapi dia suka kalau mereka berada di hadapannya. Sum’ah adalah seseorang itu beramal sendirian kemudian dia mengkhabarkannya kepada orang lain, supaya mereka membesarkannya atau supaya dia mendapat kebajikan dari mereka. Adapun ‘ujub adalah seseorang merasa takjub atas kepandaian dan kehebatannya. Sebagai contoh, seorang ‘abid merasa kagum dengan ibadahnya, atau seorang alim merasa kagum dengan ilmunya.
6. Tawadhu’ dan menjauhi takabbur.
Sifat tawadhu’ menunjukkan adanya keluasan akal dan pandangan sebaliknya sifat takabbur menunjukkan sempitnya akal fikiran. Syeikh Abdur Rahman menegaskan bahawa sifat takabur sangat dilarang oleh Allah swt. Orang yang takabbur dikatakannya sebagai seorang yang celaka, dan disebabkan kecelakaannya itu maka ia akan dimasukkan ke dalam api neraka.
7. Syukur dan Redha
Syukur merujuk kepada menggunakan nikmat yang diperolehi pada jalan yang diredhai Allah swt. Manusia harus mensyukuri pemberian Allah, redha terhadap ketentuan-Nya, serta bersabar menghadapi cabaran. Oleh sebab itu maka seseorang haruslah husn al-zhan kepada Allah. Syeikh Abdur Rahman membahagikan husn al-zhan kepada empat bahagian. Pertama, seseorang bersangka bahawa Allah mengasihinya. Kedua, bersangka bahawa Allah mengetahui akan segala kesalahannya. Ketiga, bersangka bahawa Allah mengampuni segala dosanya. Dan keempat, bersangka bahwa segala yang tersebut itu mudah bagi Allah swt.
8. Shiddiq
Sifat shiddiq (benar) ini sangat penting dalam kehidupan sehari-hari iaitu berkata benar dalam segala ucapan dan perbuatan.
9. Mahabbah
Menurut Syeikh Abdur Rahman, antara syarat-syarat sah iman itu, di antaranya adalah mencintai akan Allah swt dan mencintai Nabi saw. Mahabbah kepada Allah adalah dengan sentiasa melakukan tafakkur dan zikrullah.
10. Zikr al-Maut
Mengingati maut menjadi pendorong kepada seseorang untuk bekerja keras melakukan hal-hal yang menguntungkan dan menghindari hal-hal yang merugikannya di alam akhirat.





Almarhum Syeikh Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari


Kedudukan Inderagiri di Alam Melayu (dari Google Maps)


Makam Syeikh Abdur Rahman (yang berdinding penuh)



Makam Syeikh Abdur Rahman dibahagian dalam

Wednesday, November 25, 2009

Tuan Guru Haji Yahya Junid Ulama Pendidik dan Tokoh Masyarakat yang dihormati


Tuan Guru Haji Yahya bin Junid atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Ya Junid adalah antara ulama besar Kedah yang sempat menadah kitab kepada ulama ulung Kedah yang bertalian nasabnya dengan Syeikh Muhammad Asryad al-Banjari iaitu Tuan Hussain Kedah. Tuan Guru Haji Yahya dilahirkan di Kampung Selengkoh, Yan, Kedah pada tahun 1911 Masehi bersamaan dengan 1330 Hijrah.[1] Beliau mendapat pendidikan awal dalam lingkungan keluarganya sendiri. Bondanya, Chik binti Sulaiman yang berasal dari Tumpat, Kelantan mengajarkan ilmu al-Quran kepada beliau.[2] Atas kehendak ibunya yang mahu beliau mendalami dan menguasai ilmu agama, beliau dihantar belajar di Sungai Bakap, Seberang Perai. Disebabkan pada masa itu ibunya sedang sakit dan kerana terlalu kasihkan ibunya, beliau tidak tidak dapat mengikuti pelajaran disitu. Setelah ibunya meninggal pada tahun 1922, beliau diasuh oleh nendanya sehinggalah nendanya meninggal dunia di Makkah pada tahun 1923.[3] Tidak lama selepas itu, ayahandanya menghantar beliau ke rumah Lebai Faqeh untuk menimba ilmu.[4] Pada masa yang sama, beliau juga belajar di Sekolah Melayu Titi Gajah selama dua tahun.[5] Tuan Guru Haji Yahya nampaknya lebih berminat dengan ilmu-ilmu agama. Beliau memasuki beberapa pondok disekitar Kedah dan berguru dengan beberapa ulama besar pada ketika itu seperti,
1. Tuan Guru Haji Ahmad Rabat di Pondok Chegar, Gajah Mati pada tahun 1924.
2. Tuan Guru Haji Abdul Ghani Awang (menantu Tuan Hussain Kedah) di Pondok Tandop
3. Tuan Guru Haji Endut di Pondok Titi Gajah.[6]
Selepas menimba ilmu dipondok-pondok tersebut, barulah beliau berhijrah ke Pondok Khairiah, Pokok Sena, Seberang Perai untuk menimba ilmu kepada Tuan Hussain Kedah, ulamak Banjar yang sangat terkenal itu.[7] Tidak puas menimba ilmu di negeri kelahirannya, beliau bermusafir pula ke Kelantan. Pada tahun 1931, beliau tiba di Kota Bharu dan berguru dengan ulama besar Kelantan yang sangat masyhur iaitu Tok Kenali selama dua tahun di Pondok Masjid Muhammadi.[8] Selama beliau berada di Kelantan selama 6 tahun, beliau sempat menggurui ulama-ulama besar lain disana seperti
1. Tuan Guru Haji Saad Kangkong
2. Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang
3. Tuan Guru Haji Yaakub Legor.
4. Tuan Guru Haji Abdullah Tahir di Pondok Ahmadiah, Bunut Payong
5. Tuan Guru Haji Mokhtar Ahmad di Pondok Ahmadiah, Bunut Payong
6. Mufti Haji Ahmad Maher
7. Mufti Haji Mohd Nor Ibrahim
8. Tuan Guru Haji Yaakub Gajah Mati.[9]
Tuan Guru Haji Yahya kemudiannya kembali ke Kedah dan mula mengambil pentas mengajar didalam kuliah maghrib di surau-surau. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Zawiyah binti Hashim[10] dan kemudian berangkat ke Makkah[11] pada tahun 1936. Beliau hanya mengajar di pondok setelah mendapat galakan dari gurunya, Tuan Guru Haji Yaakub Legor.[12] Pondok pertama yang mendapat sentuhan beliau ialah di Pondok Haji Majid Guar Chempedak. Beliau mula mengajar pada tahun 1939.[13] Pada tahun 1941, kira-kira 25 orang penduduk di Kampung Padang Lumat telah bermuafakat untuk menghidupkan semula Pondok Padang Lumat, Guar Chempedak yang sebelum ini telah diasaskan oleh Tuan Hussain Kedah.[14] Pondok itu telah ditinggalkan selama beberapa tahun tanpa diselia atau diurus dengan baik setelah pengasasnya, Tuan Hussain Kedah berhijrah ke Pokok Sena, Seberang Perai sekitar tahun 1920-an. Untuk tujuan pengurusan, masyarakat disitu telah melantik Tuan Guru Haji Yahya sebagai pengelola atau mudir pondok tersebut. Pelantikan beliau sebagai mudir sangat tepat berdasarkan kepada kapasiti beliau sebagai ulama muda yang sedang meningkat naik pada masa itu tambahan pula beliau sendiri adalah anak murid kepada pengasas pondok itu sendiri. Sepanjang pondok tersebut berada di bawah pengelolaan beliau, pelbagai kemajuan telah dicapai antaranya seperti,
1. Membangunkan kembali insititusi pondok tersebut sehingga menjadi sebuah sekolah yang lengkap dengan prasarana dan suasana pembelajaran yang selesa untuk para pelajar.
2. Menamakan pondok tersebut dengan nama Madrasah Taufikiah Khairiah setahun selepas penubuhannya. Madrasah itu kemudiannya dirasmikan oleh anak pengasas pondok itu iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussain pada tahun yang sama. Madrasah itu juga kemudiannya didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Kedah mengikut kurikulum sistem pondok.[15]
3. Dibawah pengelolaan Tuan Guru Haji Yahya, bilangan pelajar dan guru bertambah dalam tempoh yang singkat. Sebulan selepas madrasah itu dirasmikan, bilangan pelajar meningkat dari 18 orang kepada 194 orang pelajar manakala tenaga pengajarnya pula ialah seramai 3 orang.[16]
4. Madrasah Taufikiah yang ditadbir dibawah Tuan Guru Haji Yahya begitu cepat mencapai kemasyhuran. Pada tahun 1948, madrasah berkenaan telah dikunjungi oleh beberapa tokoh negara antaranya ialah seperti Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Yang Amat Berhormat Dato’ Syed Omar Syed Shahabuddin.[17]
5. Bagi menyeleraskan kurikulum pembelajaran dan disesuaikan dengan perkembangan semasa, sistem persekolahan formal telah diserap masuk menjadi sistem pengajian madrasah. Ianya berlaku pada tahun 1956.[18]
6. Anak murid Tuan Guru Haji Yahya yang kemudian menjadi menantunya iaitu Tuan Guru Haji Azahari Abdul Razak[19] telah dilantik menjadi pengetua madrasah. Sama seperti gurunya, Tuan Guru Haji Azahari telah meneruskan usaha yang dilakukan oleh gurunya sebelum ini iaitu berusaha menjadikan Madrasah Taufikiah sebaga salah satu pusat pengajian terulung di Tanah Melayu. Dua tahun selepas beliau menjadi pengetua, KDYMM Yang Dipertuan Agung Tuanku Sultan Abd Halim telah berkenan mencemar duli ke perayaan sambutan Jubli Perak madrasah tersebut. Nama Taufikiah Khairiah kemudiannya ditambah dengan perkataan al- Halimiah atas kurniaan baginda.[20]
7. Selain dari pengenalan sukatan pelajaran akademik, madrasah tersebut juga telah mengalami beberapa pertambahan dari segi prasarananya seperti bangunan sekolah dan asrama dimana pembinaanya telah disumbangkan oleh KDYMM Sultan Kedah, kerajaan dan orang ramai. Bahkan pada tahun 1979, cawangan madrasah ini telah berjaya dibuka di Guar Chempedak.[21]
Walaupun sibuk dengan urusan sekolah, Tuan Guru Haji Yahya tetap meluangkan masa dalam aktiviti yang melibatkan hal-hal kemasyarakatan. Sebagai contoh, beliau pernah mengasaskan Persatuan Ulama Kedah (PUK) pada 1946. Persatuan ini telah diasaskannya dengan seorang lagi ulama besar pada waktu itu iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution[22]. Beliau turut mengasaskan penubuhan dan pembinaan Masjid Kampung Sungai Dedap dan Masjid Batu 17, Guar Chempedak.[23] Kealimannya dalam bidang agama telah menyebabkan beliau dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Majlis Agama Islam Kedah, Ahli Majlis Fatwa Kedah dan Ahli Jawatankuasa Zakat Kedah. Beliau berkhidmat dalam Jawatankuasa Zakat selama 40 tahun. Tuan Guru Haji Yahya menutup usia pada 6 Ogos 2001 dalam usia 90 tahun. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Guar Chempedak.[24]


[1] Mohd Fadli Ghani. 2008. Tuan Guru Pak Ya Junid: Ahli PAS no. 12. Harakah. Kuala Lumpur. Terbit pada 24 November 2008. Boleh dicapai di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18044&Itemid=59
[2] Mohd Fadli Ghani. 2008. Tuan Guru Pak Ya Junid: Ahli PAS no. 12. Harakah. Kuala Lumpur. Terbit pada 24 November 2008. Boleh dicapai di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18044&Itemid=59
[3] http://taufikiahpondokpakya.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=47:tuan-guru-haji-yahya-bin-junid&catid=34:sejarah-sekolah&Itemid=55. Dicapai pada 25 November 2009
[4] http://taufikiahpondokpakya.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=47:tuan-guru-haji-yahya-bin-junid&catid=34:sejarah-sekolah&Itemid=55. Dicapai pada 25 November 2009
[5] Mohd Fadli Ghani. 2008. Tuan Guru Pak Ya Junid: Ahli PAS no. 12. Harakah. Kuala Lumpur. Terbit pada 24 November 2008. Boleh dicapai di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18044&Itemid=59
[6] Mohd Fadli Ghani. 2008. Tuan Guru Pak Ya Junid: Ahli PAS no. 12. Harakah. Kuala Lumpur. Terbit pada 24 November 2008. Boleh dicapai di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18044&Itemid=59
[7] Mohd Fadli Ghani. 2008. Tuan Guru Pak Ya Junid: Ahli PAS no. 12. Harakah. Kuala Lumpur. Terbit pada 24 November 2008. Boleh dicapai di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18044&Itemid=59
[8] Mohd Fadli Ghani. 2008. Tuan Guru Pak Ya Junid: Ahli PAS no. 12. Harakah. Kuala Lumpur. Terbit pada 24 November 2008. Boleh dicapai di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18044&Itemid=59
[9] Mohd Fadli Ghani. 2008. Tuan Guru Pak Ya Junid: Ahli PAS no. 12. Harakah. Kuala Lumpur. Terbit pada 24 November 2008. Boleh dicapai di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18044&Itemid=59
[10] Setelah isterinya yang pertama Zawiyah Binti Hashim meninggal dunia dalam tahun 1942, beliau kemudiannya dijodohkan dengan Hajjah Maryam Hj Taib yang merupakan anak saudara kepada Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussain
[11] Beliau diriwayatkan berangkat ke Makkah sekali lagi 17 tahun selepas itu dan tinggal di sana selama setahun untuk mendalami ilmu
[12] Mohd Fadli Ghani. 2008. Tuan Guru Pak Ya Junid: Ahli PAS no. 12. Harakah. Kuala Lumpur. Terbit pada 24 November 2008. Boleh dicapai di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18044&Itemid=59
[13] Mohd Fadli Ghani. 2008. Tuan Guru Pak Ya Junid: Ahli PAS no. 12. Harakah. Kuala Lumpur. Terbit pada 24 November 2008. Boleh dicapai di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18044&Itemid=59
[14] http://taufikiahpondokpakya.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=50:sejarah-awal-penubuhan&catid=34:sejarah-sekolah&Itemid=55. Dicapai pada 25 November 2009
[15] http://taufikiahpondokpakya.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=50:sejarah-awal-penubuhan&catid=34:sejarah-sekolah&Itemid=55. Dicapai pada 25 November 2009
[16] http://taufikiahpondokpakya.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=50:sejarah-awal-penubuhan&catid=34:sejarah-sekolah&Itemid=55. Dicapai pada 25 November 2009
[17] http://taufikiahpondokpakya.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=50:sejarah-awal-penubuhan&catid=34:sejarah-sekolah&Itemid=55. Dicapai pada 25 November 2009
[18] http://taufikiahpondokpakya.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=50:sejarah-awal-penubuhan&catid=34:sejarah-sekolah&Itemid=55. Dicapai pada 25 November 2009
[19] Beliau telah dianugerah Tokoh Maal Hijrah Kedah bagi tahun 1420 Hijrah. Beliau meninggal dunia pada 16 Jun 2001 dua bulan sebelum Tuan Guru Haji Yahya meninggal dunia.
[20] http://taufikiahpondokpakya.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=50:sejarah-awal-penubuhan&catid=34:sejarah-sekolah&Itemid=55. Dicapai pada 25 November 2009
[21] Mohd Fadli Ghani. 2008. Tuan Guru Pak Ya Junid: Ahli PAS no. 12. Harakah. Kuala Lumpur. Terbit pada 24 November 2008. Boleh dicapai di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18044&Itemid=59

[22] http://www.mykedah2.com/10heritage/102_4_08.htm. Dicapai pada 25 November 2009. Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution ialah seorang pengarang kitab yang sangat aktif. Antara kitabnya yang terkenal ialah tafsir al-Quran yang ditulisnya dalam tempoh 8 tahun. Beliau meninggal dunia pada 4 Januari 1987 dalam usia 78 tahun
[23] http://taufikiahpondokpakya.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=50:sejarah-awal-penubuhan&catid=34:sejarah-sekolah&Itemid=55. Dicapai pada 25 November 2009
[24] Ismail Hashim. 2001. Presiden PAS imamkan solat jenazah Pak Ya Junid. Harakah. Kuala Lumpur. Terbit pada 8 Ogos 2001




Bangunan asrama madrasah



Bangunan asrama madrasah

Gambar lama madrasah

Gambar lama madrasah


Lawatan Sultan Kedah ke madrasah


Sultan Kedah bersama tokoh madrasah


Almarhum Tuan Guru Haji Yahya Junid

*Gambar madrasah dirujuk dari laman web http://taufikiahpondokpakya.edu.my/galeri/. Dicapai pada 25 November 2009

Tuesday, November 24, 2009

Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbung Ulama, Pengembara dan Pejuang Agama

Nama lengkap ulama besar ini ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Abdul Qadir. Ayahanda beliau dikatakan berasal dari keturunan Patani. Tarikh kelahiran Haji Abdul Rahman Limbong sebenarnya tidak dapat dipastikan tapi beliau dipercayai dilahirkan sekitar tahun 1285H/1868M. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang sangat mementingkan pendidikan agama. Sejak kecil lagi beliau telah berangkat ke Makkah bersama-sama bapa saudara beliau iaitu Haji Tun Muhammad Zain. Setelah dewasa, beliau pulang semula ke Terengganu. Minat beliau terhadap ilmu agama tidak pernah padam. Sebaik tiba di Terengganu, beliau terus mencari kelibat tok guru untuk mendalami ilmu. Ketika berada di Terengganu, beliau menadah kitab kepada Tuan Guru Haji Yaakob Paya Bunga. Beliau memperolehi ilmu nahu, sorof dan feqah dengan ulama tersebut. Kemudian beliau mengaji pula dengan Haji Musa yang juga tinggal di Paya Bunga.[1] Apabila beliau mendengar kemasyhuran pondok Tokku Paloh[2], beliau terus bersegera ke sana. Untuk pergi ke pondok pengajian Tokku Paloh dari rumah beliau, beliau berulang alik dengan menaiki perahu.[3] Pada peringkat awal pengajian beliau dengan Tokku Paloh, beliau hanya menjadi khadam kepada Tokku Paloh.[4] Beliau berkhidmat menyapu halaman rumah, membersihkan surau, menyediakan kayu api, mengisi air di kolah surau dan sebagainya.[5] Oleh kerana beliau menjadi khadam kepada Tokku Paloh dan membuat kerja yang pelbagai macam, maka kuranglah masa beliau menghadiri majlis ilmu. Beliau hanya berpeluang mendengar pengajian di tepi kolah sambil menatap kitab yang digunakan oleh Tokku Paloh.[6] Perbuatannya itu dilakukannya tanpa disedari oleh sesiapa pun.[7] Dan apabila selesai sahaja pengajian, beliau menyembunyikan kitabnya.[8] Beliau tidak mahu diketahui turut sama-sama belajar dengan murid-murid Tokku Paloh yang lain.[9] Walaubagaimanapun, gerak-gerinya itu dapat dihidu oleh Tokku Paloh.[10] Timbul rasa kasih Tokku Paloh kepada beliau apabila dilihat anak muda itu cukup bersemangat untuk belajar.[11] Dalam masa yang singkat sahaja beliau dapat menguasai segala pelajaran yang diajarkan. Di samping itu beliau terkenal sebagai seorang yang sangat menghormati guru. Segala suruhan serta arahan gurunya akan dilaksanakan dan dipatuhi dengan penuh adab. Beliau tidak pernah mengangkat muka apatah lagi bertentang mata apabila berhadapan dengan gurunya yang sangat dikasihinya itu.[12] Oleh kerana beliau boleh dikatakan di antara murid Tokku Paloh yang terpintar serta baik akhlaknya, maka tidak hairanlah Tokku Paloh begitu sayang dan kasih terhadap beliau.[13]
Dari gurunya Tokku Paloh, beliau diijazahkan tariqat Naqsyabandiyah[14] dan Sammaniyah[15]. Sebagai seorang ulama yang warak lagi taat kepada Allah swt, beliau amat kuat menjaga syariat. Ketelitian beliau dalam menjaga syariat dapat dilihat berdasarkan kepada kehidupan beliau sendiri. Tidak pernah sama sekali beliau bertentangan mata dengan kaum wanita walaupun dengan murid-murid beliau sendiri. Beliau juga akan menundukkan pandangan serta menyisihkan diri apabila bertembung dengan kaum wanita.
Tuan Guru Haji Abdul Rahman mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Berdasarkan kitab-kitab yang diajarnya, ternyata beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu. Antaranya ialah kitab al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab; Matan Umm al-Barahin, Faridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin dalam ilmu tauhid; kitab Tahrir (bahasa Arab) dalam ilmu feqah dan Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis tentang ilmu tasawwuf.[16] Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke tempat lain. Beliau bermusafir ke Beserah, Kuantan, Kelantan, Patani, Kedah, Sambas, Jambi, Riau dan Brunei.[17] Beliau mengajar agama di tempat-tempat yang disinggahinya. Maka tidak hairanlah apabila anak-anak muridnya bertaburan diseluruh Alam Melayu.
Dalam tahun 1920-an, pihak Inggeris telah mula menunjukkan belangnya dengan mencampuri urusan mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong.[18] Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.[19] Menyedari akan biadapnya tindakan Inggeris itu maka Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong telah mengemukakan hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri.[20] Maksud negeri itu adalah campur tangan penjajah Inggeris. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama.[21] Pihak Inggeris tidak menerima hujah-hujahnya dan mengecop beliau sebagai penderhaka kepada pemerintahan yang sah. Akhirnya Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura[22] dan selanjutnya dibuang ke Makkah dalam tahun 1928.[23] Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbung kemudiannya wafat pada 14 Jamadilakhir 1348 (1929) di Makkah.

[1] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2007. Haji Abdur Rahman Limbong Ulama dan Pahlawan Melayu. BIcara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 22 Januari 2007. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
[2] Nama penuh Tokku Paloh ialah Engku Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin al-Aidrus. Gelaran lain ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Tokku Paloh pernah menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan sekali gus merupakan penasihat sultan pada zaman Sultan Zainal Abidin III. Beliau dilahirkan pada tahun 1236H/1817M di Cabang Tiga iaitu berhampiran dengan kawasan Masjid Tok Ku di Cabang Tiga dan wafat pada 1 hb Zulhijjah 1336 H/7 hb September 1918 M dan dimakamkan di tanah perkuburan “Makam Tok Ku Paloh” yang terletak berhampiran dengan rumahnya dan suraunya
[3] Rujuk dari http://tamanulama.blogspot.com/2008/08/haji-abdul-rahman-limbong-ulama-yang.html. Dicapai pada 24 November 2009
[4] Rujuk dari http://tamanulama.blogspot.com/2008/08/haji-abdul-rahman-limbong-ulama-yang.html. Dicapai pada 24 November 2009
[5] Rujuk dari http://tamanulama.blogspot.com/2008/08/haji-abdul-rahman-limbong-ulama-yang.html. Dicapai pada 24 November 2009
[6] Rujuk dari http://tamanulama.blogspot.com/2008/08/haji-abdul-rahman-limbong-ulama-yang.html. Dicapai pada 24 November 2009
[7] Rujuk dari http://tamanulama.blogspot.com/2008/08/haji-abdul-rahman-limbong-ulama-yang.html. Dicapai pada 24 November 2009
[8] Rujuk dari http://tamanulama.blogspot.com/2008/08/haji-abdul-rahman-limbong-ulama-yang.html. Dicapai pada 24 November 2009
[9] Rujuk dari http://tamanulama.blogspot.com/2008/08/haji-abdul-rahman-limbong-ulama-yang.html. Dicapai pada 24 November 2009
[10] Rujuk dari http://tamanulama.blogspot.com/2008/08/haji-abdul-rahman-limbong-ulama-yang.html. Dicapai pada 24 November 2009
[11] Rujuk dari http://tamanulama.blogspot.com/2008/08/haji-abdul-rahman-limbong-ulama-yang.html. Dicapai pada 24 November 2009
[12] Rujuk dari http://tamanulama.blogspot.com/2008/08/haji-abdul-rahman-limbong-ulama-yang.html. Dicapai pada 24 November 2009
[13] Rujuk dari http://tamanulama.blogspot.com/2008/08/haji-abdul-rahman-limbong-ulama-yang.html. Dicapai pada 24 November 2009
[14] Abdul Rahman Abdullah. 1997. Pemikiran Islam di Malaysia Sejarah dan Aliran. Gema Insani Press. Jakarta. Hlm 51-52
[15] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2007. Haji Abdur Rahman Limbong Ulama dan Pahlawan Melayu. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 22 Januari 2007. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
[16] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2007. Haji Abdur Rahman Limbong Ulama dan Pahlawan Melayu. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 22 Januari 2007. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
[17] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2007. Haji Abdur Rahman Limbong Ulama dan Pahlawan Melayu. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 22 Januari 2007. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
[18] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2007. Haji Abdur Rahman Limbong Ulama dan Pahlawan Melayu. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 22 Januari 2007. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
[19] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2007. Haji Abdur Rahman Limbong Ulama dan Pahlawan Melayu. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 22 Januari 2007. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
[20] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2007. Haji Abdur Rahman Limbong Ulama dan Pahlawan Melayu. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 22 Januari 2007. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
[21] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2007. Haji Abdur Rahman Limbong Ulama dan Pahlawan Melayu. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 22 Januari 2007. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
[22] Dalam catatan syair Riwayat Terengganu Darul Iman yang dikarang oleh puteri saudara Sultan Zainal Abidin III iaitu Tengku Dalam Kalthum, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong dihantar ke Singapura oleh Inspektor Tengku Abdullah dan dua orang mata-mata. Dari situ, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong belayar ke Jeddah. Rujuk Mohd Yusoff Hashim. 1991. Terengganu Darul Iman Tradisi Persejarahan Malaysia. Dewan Bahasa Pustaka. Kuala Lumpur. Hlm. 213
[23] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2007. Haji Abdur Rahman Limbong Ulama dan Pahlawan Melayu. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 22 Januari 2007. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm





Surau Tuan Haji Abdul Rahman Limbong di Chukai Kemaman






Kesemua gambar ini dirakam oleh sahabat saya, Tuan Haji Salleh bin Bador dan anaknya, Nor Safwan

Friday, November 20, 2009

Tuan Guru Haji Ibrahim Ulama dan Pendidik yang dihormati

Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim bin Mohd Dahan (1907-1997)

Salah seorang ulama besar yang berasal dari Negeri Sembilan yang sempat menimba ilmu dengan Tok Kenali ialah almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd Dahan. Beliau sempat menggurui tokoh ulama Tanah Melayu yang sangat terkenal itu selama beberapa tahun sehingga tokoh itu meninggal dunia. Dengan Tok Kenali, beliau beroleh ilmu nahu, ilmu sorof, dan ilmu-ilmu Arabiyah yang lain. Selain dari Tok Kenali, beliau turut berguru dengan tokoh ulama yang lain sepanjang berada di Kelantan selama beberapa tahun. Antaranya ialah seperti Tuan Guru Haji Ya’qub Legor dalam bidang Fiqh dan Hadith, Haji Wan Musa dalam bidang Tasawwuf, Haji ‘Umar Sungai Keladi dalam bidang Falak, Haji Sa’ad Kangkung, Haji Ali Pulau Pisang, Haji ‘Abdullah Thahir, Haji Ahmad Hakim, Haji Ya’qub Lorong Gajah Mati dan Haji Nik Mat Nazhir. Sebenarnya sebelum ke Kelantan, beliau terlebih dahulu bermusafir ke Kedah sekitar tahun 1925 untuk menimba ilmu dengan Syeikhul Islam Kedah pada masa itu iaitu Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Shiddiq. Dengan Syeikh Wan Sulaiman, beliau banyak mendapat ilmu dalam bidang falak. Putera kepada Encik Mohd Dahan bin Hassan dan Puan Lijah Binti Mohd Arshad ini pada usia kecilnya mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Salak dalam tahun 1916- 1922 dengan kelulusan darjah 5. Pada masa yang sama, beliau belajar al-Quran dengan Tuan Mumkin Dhahir bin Darus dan kemudian mendalami ilmu tajwid dengan Tuan Haji Muhamad Haji Mustafi. Pengajian kitab-kitab dan Bahasa Arab diikutinya dengan menadah kitab kepada Tuan Guru Haji Mustaffa Haji Mohamad di beberapa tempat seperti di surau Pekan Chengkau, Masjid Seri Lemak dan Masjid Pekan Rembau. Diriwayatkan beliau bertemu jodoh ketika memondok di Kelantan. Tuan Guru bertemu jodoh dengan Hajah Esah binti Ujang pada tahun 1933 dan dikurniakan dengan 13 orang anak. Setelah gurunya, Tok Kenali meninggal dunia pada 9 November 1933, beliau pulang ke Rembau pada akhir tahun 1935 dan mula mengajar. Tidak lama selepas itu, beliau membuka pondok di Kampung Bongek. Selain mengajar dipondoknya, beliau juga diminta mengajar dibeberapa surau dan masjid di Tampin dan Johol. Bagi memastikan ilmu disalurkan secara tersusun, beliau menubuhkan Madrasah Islamiah Bongek dalam tahun 1946. Diriwayatkan setiap tahun bermula dari tahun ia ditubuhkan hingga ke tahun 1959, madrasah tersebut mengadakan majlis ihtifal. Ramai tokoh terkenal agama dan politik hadir ke majlis itu termasuklah Tuan Haji Ahmad Fuad, Profesor Zulkifli Muhammad, Doktor Burhanudin al-Helmi dan Ustaz Mohd Fadhlullah Suhaimi.
Pada tahun 1949, Tuan Guru berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji. Pada masa yang sama, beliau turut mengambil kesempatan yang ada untuk menadah kitab dengan beberapa ulama terkenal disana. Beliau sempat belajar kitab Ahzab dan mengambil Tariqat Ahmadiah dari Tuan Guru Shafie Kedah. Sebenarnya ketika belajar di Kelantan lagi, beliau telah menerima tariqat ini dari Haji Wan Musa anak kepada Tuan Tabal[1] yang sangat terkenal itu. Dengan Tuan Guru Shafie Kedah, beliau telah diberi ijazah dan ditauliah untuk mengajar amalan tersebut. Beliau turut menerima ijazah salawat Dalail al-Khairat. Selain Tuan Guru Shafie Kedah, beliau sempat menggurui Tuan Guru Sulaiman Ambon. Selain mengajar di pondok, Tuan Guru pernah menyampaikan ilmu di sekolah kerajaan seperti di Sekolah Menengah Undang Rembau dari tahun 1962 hingga 1968. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai penguatkuasa zakat fitrah baitulmal di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Tuan Guru sekali lagi berangkat ke Makkah pada tahun 1974 untuk menunaikan haji. Kali ini, beliau turut membuat lawatan ke negara-negara lain seperti Mesir, Turki dan India. Sebagai seorang ulama dan pendidik yang berwibawa, sumbangan beliau bukanlah sedikit. Antaranya ialah seperti,
1. Sangat gigih berdakwah. Tempat mana yang tidak pernah dipijaknya di Negeri Sembilan dalam usaha menyampaikan ilmu agama. Masjid yang sering menjadi persinggahan beliau ialah Masjid Tanggai Johol, Masjid Bandar Gemas dan Masjid di daerah Rembau. Beliau tidak sesekali menghiraukan jumlah khalayak yang hadir dalam majlis ilmunya. Biarpun khalayak yang hadir itu hanya seramai 3 orang, beliau tetap akan menyampaikan ilmu dengan bersungguh-sungguh kerana baginya itu adalah amanah yang harus dipikul dengan sebaiknya.
2. Kesungguhan beliau dalam menyebarkan ilmu membuahkan hasil apabila ramai anak muridnya yang berjaya menjadi tokoh penting didalam masyarakat seperti imam, bilal, penceramah bebas dan juga pegawai-pegawai agama.
3. Beliau sangat menekankan ketaatan dalam beribadah. Beliau merupakan seorang ‘murobbi’ dan ‘mursyid’ yang mengamalkan apa yang dituturkan. Amalan yang dilakukannya adalah selari dengan ilmu yang disampaikannya. Dengan sebab itu, masyarakat sangat menghormatinya kerana beliau tidak hanya sekadar berteori tetapi juga mempraktikkannya. Tuan Guru Haji Ibrahim sangat taat mengamalkan solat sunat tahajud dan solat sunat dhuha. Beliau juga sangat menitikberatkan tentang kepentingan solat secara berjemaah.
4. Kemasyhuran beliau sebagai ulama yang sangat gigih menyebarkan ilmu secara tidak langsung telah menaikkan nama Rembau sebagai salah sebuah tempat yang aktif dengan aktiviti dakwah. Keupayaan dan kesungguhan beliau menubuhkan madrasah untuk anak watan Rembau memberi kesan yang besar dalam sistem pendidikan beragama khususnya di Negeri Sembilan. Bagi mengenang jasa perkhidmatannya, Tuan Guru pernah dinobatkan sebagai tokoh pengkhidmat masyarakat Daerah Rembau oleh Dato’ Undang Luak Rembau dan Pentadbir Daerah Rembau pada 16 Oktober 1988.
5. Masyarakat Rembau banyak mengambil ilmu dari beliau setelah beliau menubuhkan madrasah dan mengajar disitu. Di madrasah tersebut, beliau mengajar kitab-kitab seperti Minhaj al-‘Abidin, Hikam Ibnu ‘Atha’, Ad-Durr an-Nafis, Taj al-‘Arus dan Sair as-Salikin, Wusyah al-Afrah, Mathla’ al-Badrain, Daqaiq al-Akhbar, Kasyf al-Ghaibiyah dan Matn al-Jauharah. Kitab-kitab yang diajarnya itu meliputi bidang-bidang utama seperti tasawwuf, feqah dan aqidah.
6. Selain mengajar, beliau ada menghasilkan beberapa penulisan untuk dijadikan pedoman dan rujukan kepada pelajar-pelajarnya. Antara penulisan yang dihasilkan oleh beliau ialah Nur al-Aulad (1939 dan dicetak berulang kali pada 1949, 1952, 1963, 1975, 1989 dan 1991), Taqwim Shalat (1954) dan Shalah al-Ghilman fi ‘Ibadah Rabb ar-Rahman (1976)
7. Beliau juga bertanggungjawab menyusun takwim solat yang digunakan di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan beberapa negeri lain yang masih digunakan sehingga ke hari ini.
Tuan Guru Haji Ibrahim yang dilahirkan pada tahun 1907 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 3 Ogos 1997. Madrasah Al-Islamiah yang didirikan di atas tanah kepunyaan Tuan Guru Haji Ibrahim dengan perbelanjaan sendiri dan derma dari orang ramai masih berfungsi dengan baik demi meneruskan cita-cita dan usaha murni beliau. Kini, madrasah tersebut telah diteruskan oleh cucu beliau sendiri, iaitu Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Khairuddin bin Haji Yusoff. Pada hari ini, madrasah yang diasaskan oleh beliau masih berfungsi sebagai pusat kegiatan agama yang aktif. Di samping kelas dewasa, kelas-kelas Fardu Ain untuk kanak-kanak juga masih bergerak sejak tahun 1957. Pada masa ini madrasah berkenaan dikenali dengan nama Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim.
Rujukan utama
http://lebaikampung.blogspot.com/2007/01/tuan-guru-haji-ibrahim-mohd-dahan-1907.html. Dicapai pada 19 November 2009
http://www.yadim.com.my/Ulama/UlamaFull.asp?Id=154. Dicapai pada 19 Nov 2009
http://madrasahbongek.blogspot.com/2008/01/tuan-guru-haji-ibrahim-rembau.html. Dicapai pada 19 November 2009

[1] Nama lengkapnya ialah Syeikh Abdus Samad al-Kalantani




Thursday, November 19, 2009

Tuan Guru Haji Ali Pakar Ilmu Nahu dan Sorof

Almarhum Tuan Guru Haji Ali

Negeri Sembilan tidak ketandusan melahirkan ulama berkaliber yang namanya terkenal diseluruh Alam Melayu. Salah seorang darinya ialah almarhum Tuan Guru Haji Ali. Beliau mengasaskan sebuah pondok yang terletak di Siliau[1] kira-kira 5 km dari pekan Rantau. Nama lengkap ulama besar ini ialah Haji Ahmad @ Ali Bin Haji Musa. Beliau dilahirkan dalam tahun 1926[2] dan merupakan anak jati Siliau. Bondanya bernama Jumah Binti Pawang Jali. Tuan Guru Haji Ali pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertamanya orang tempatan, kedua dari Seremban dan terakhir dengan gadis Kelantan. Beliau memperolehi ramai anak hasil perkahwinan dengan isteri-isterinya itu.
Dalam usia yang masih muda, Tuan Guru Haji Ali mula menimba ilmu kepada Tuan Syeikh Ahmad Said yang memegang jawatan Mufti Negeri Sembilan di Pondok Rasah, Seremban lebih kurang 5 tahun dalam tahun 1930-an. Dari gurunya itulah beliau mewarisi amalan tariqat Ahmadiah. Selepas itu beliau diriwayatkan memondok pula di Padang Rengas, Perak dan terakhir di Pendang, Kedah. Tuan Guru Haji Ali dikatakan pernah mengajar di Pondok Tanah Merah, Pendang iaitu berdekatan dengan Pekan Pendang sekarang selama 5 tahun sebelum pulang ke kampung halamannya. Diriwayatkan bahawa sebab-musabab beliau berhenti mengajar ialah kerana beliau tidak mahu menerima gaji dan sebelum itu guru-guru pondok hanya menerima infak dari kutipan zakat sahaja. Beliau amat berhati-hati dalam menerima pemberian atau mencari rezeki.
Beliau membuka pondok di kampung halamannya sendiri iaitu di Siliau. Pondok ini diberi nama Madrasah ad-Dhuafa’ wal-Masakin. Pondok ini dipercayai dibuka pada awal tahun 1970-an. Kealiman beliau dalam bidang agama segera dihidu oleh para penuntut yang dahagakan ilmu. Dalam masa yang singkat, penuntut-penuntut dari seluruh pelusuk negeri termasuklah Sabah, Sarawak dan Indonesia datang membanjiri pondoknya. Ramai kalangan anak muridnya berjaya melanjutkan pelajaran di pusat pengajian dalam dan luar negara seperti di Aceh, Mesir, Madinah, Yaman dan Jordan. Keahlian beliau dalam bidang sorof nahu bahasa Arab menyebabkan namanya dikenali sehingga ke universiti-universiti di Tumur Tengah ini. Bahkan ada pensyarah yang menyarankan penuntut-penuntut Melayu yang lemah menguasai Bahasa Arab supaya balik belajar dengan Tuan Guru ini. Kitab yang perlu dihadam oleh pelajarnya ialah Syarah Mukhtasar Jiddan‘, Matan Maqsud, imla’ dan insya’. Tuan Guru mengajar ‘Undang-undang Nahu’ dan I’rab al-Quran disebelah pagi dari jam 9 hingga 10 pagi. Kemudian pelajar-pelajar disuruh membuat ulangkaji. Selepas Maghrib, warga pondok akan meratib hingga ke waktu Isya’. Ratib yang dibaca adalah berasaskan amalan Tariqat Ahmadiah yang sangat terkenal di N.Sembilan. Kemuncak ‘Ya Latif‘ bergema di tengah kawasan ladang getah itu. Kebiasaannya selepas Isyak, Tuan Guru akan mengajar ilmu tasawwuf. Tanpa kitab, beliau hanya membuat lakaran di papan hijau, lalu mensyarahkan apa yang dilakar.
Tuan Guru Haji Ali mengajar dengan ikhlas dan gigih dalam usaha menyebarkan ilmu agama. Beliau mengajar bersendirian dari pagi hingga ke malam sehingga dikatakan dalam keadaan sakit dan berbaring pun beliau masih berkeinginan untuk terus mengajar. Penuntut yang datang berguru dengannya bukan sahaja dari kalangan penuntut pengajian agama tetapi juga penuntut yang tidak mempunyai latar belakang dalam jurusan pengajian agama. Kesemua penuntut yang datang ke pondoknya diasuh dengan tangannya sendiri sehingga mereka benar-benar dapat menguasai ilmu dengan baik.
Selain mengajar di pondok, beliau juga mengawasi gerak-geri anak murid agar tidak melanggar peraturan. Tujuannya adalah untuk memastikan anak muridnya benar-benar menghayati tuntutan agama dan faham bahawa agama itu merangkumi seluruh kehidupan bukannya setakat ilmu yang dipelajari didalam kelas sahaja. Beliau akan mendenda sesiapa yang dijumpai merokok di kawasan pondok. Jika terserempak, alamatnya mereka akan dipaksa memikul puntung rokok tersebut. Kegigihannya dalam mengajar agama ini dikagumi ramai orang. Manakan tidak, beliau mengajar secara bersendirian dan pada masa yang sama perlu mengawasi anak-anak muridnya menjalani kehidupan harian di pondok. Ketika ditanya tentang rahsia atau petua bagaimana beliau boleh mengendalikan pondoknya itu, Tuan Guru yang warak ini hanya mengulang perkataan “ senang” beberapa kali dan diakhir dengan “..sabar..”. Itulah jawapan yang ringkas dan bersahaja keluar dari mulutnya. Mungkin dengan berkat kesabaran itulah, beliau berjaya mengendalikan pondok tanpa berhadapan dengan banyak masalah.
Melalui perkhabaran mereka yang pernah berguru dengan beliau, mereka mengatakan bahawa Tuan Guru Haji Ali seolah-olah dapat membaca persoalan yang bermain dalam fikiran anak muridnya dan beliau akan menjawab atau menghuraikan permasalahan tersebut dengan jelas. Beliau mampu mengajar tanpa buku atau nota di tangan dan berupaya mengawasi penuntutnya seramai 98 orang dalam suatu masa. Tuan Guru Haji Ali lazimnya akan menentukan tempat pengajian lanjutan untuk anak-anak muridnya. Jika beliau merasakan mereka berkebolehan untuk membuka pondok maka diarahkannya pergi menuntut di Makkah. Sebaliknya jika terfikir untuk makan gaji maka disuruhnya ke Mesir dan lain-lain tempat. Murid-murid yang berangkat ke Makkah akan menadah kitab dengan ulama tertentu disana. Pengajian dijalankan secara terbuka dan ada kalangan ulama tersebut seolah-olah telah diberitahu oleh Tuan Guru Haji Ali tentang kedatangan anak murid beliau. Antara guru yang mengajar di Mekah ini ialah Syeikh Abdullah Mas’ud yang berasal dari Petani. Beliau menetap di Makkah sejak umurnya 8 tahun setelah mengikut datuknya. Guru berikutnya ialah Syeikh Muhamad Sedawa al-Fathani dan Syeikh Abdul Hamid Naimul Azmi dari Indonesia. Kesemua guru yang disebut ini adalah pengamal tariqat Ahmadiah yang sejalan amalan dengan Tuan Guru Haji Ali. Tuan Guru Haji Ali dikurniakan beberapa karamah. Antara karamah beliau,
1. Ramai orang kampung dan anak muridnya yang menunaikan fardhu haji terserempak dengan beliau di tanah suci sedangkan beliau tidak termasuk kalangan jamaah haji musim tersebut. Allahyarham juga dikatakan boleh hadir di suatu tempat yang jauh tanpa menaiki kenderaan
2. Sebelum hari kematiannya, beliau ada memberitahu murid-muridnya bahawa ada tetamu telah datang menjemputnya. Salah seorang muridnya berada di sisinya ketika beliau sedang di ambang sarakatul maut. Murid-muridnya dapat melihat dengan jelas lidah Haji Ali bagai kaca yang berkilau. Ratib zikirullah dapat didengari keluar dari lehernya.
3. Malam hari kematiannya, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Beberapa orang muridnya telah menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai. Pendek kata terdapat perkara-perkara pelik tapi benar telah berlaku di hari kematian Tuan Guru yang warak ini.
Tuan Guru Haji Ahmad @ Ali bin Haji Musa berpulang ke rahmatullah pada tanggal 1 April 1998 dalam usia 74 tahun. Ketika hayatnya, Tuan Guru Haji Ali dikatakan ada menghasilkan beberapa kitab antaranya ialah kitab terjemahan/ tafsir Al Quran berkenaan dengan Surah al-Waqiah, kitab tentang kaedah nahu Bahasa Arab (dalam tulisan jawi) dan kitab berkaitan tasawuf. Kitab-kitab tersebut dipercayai tidak dicetak sebaliknya ditulis tangan. Kitab-kitab ini kemudiannya dipinjam atau berpindah tangan di kalangan anak-anak muridnya. Pondok tuan guru kini ditadbir oleh anaknya iaitu Ustaz Mohshin bin Haji Ali. Beliau pernah menimba ilmu di India dan Mesir. Pondok tersebut yang kini dikenali dengan nama Yayasan Pengajian Tinggi Bahasa Arab Dan Agama Islam Haji Ali Riaadud Duafaai Wal Masakin (YPTHA) kini menawarkan program Diploma dan lulusan dari institusi ini berpeluang melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.


Tuan Guru Haji Ali setelah selesai mengajar


Keratan akhbar yang melaporkan berita berpulangnya Tuan Haji Ali ke rahmatullah

Rujukan utama
1. http://lebaikampung.blogspot.com/2007/02/haji-ali-bin-haji-musa-1926-1998.html. Dicapai pada 19 November 2009
2. http://pondokhajiali.blogspot.com/. Dicapai pada 19 November 2009

3. http://www.niknasri.com/?p=1365. Dicapai pada 19 November 2009

[1] Kampung Siliau terletak dalam Mukim Rantau dan kedudukannya adalah berhampiran dengan Linggi yang banyak melahirkan ulama terbilang.
[2] Catatan Jabatan Muzium Negeri Sembilan menyebut bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1923. Wallahualam. Boleh rujuk di http://www.ns.gov.my/jabatan/muzium/index.php?option=com_content&task=view&id=33&Itemid=37. Dicapai pada 19 November 2009

Friday, October 16, 2009

Sultan Sulaiman - Sultan Selangor yang berjasa kepada perkembangan Islam di Selangor awal abad ke-20

Sultan Alauddin Sulaiman Shah (1898-1938)


Selain Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang alim dan sangat mengasihi ulama yang memerintah Perak dari tahun 1918 hingga 1938, seorang lagi Sultan yang sezaman dengan baginda yang juga alim dan sangat mengasihi ulama ialah Sultan Selangor iaitu Sultan Sulaiman. Nama lengkapnya ialah Sultan Alauddin Sulaiman Shah bin Raja Muda Musa bin Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim Shah bin Raja Lumu (Sultan Salehuddin Shah, Sultan Selangor yang pertama) bin Upu Daeng Celak (Yamtuan Muda Riau yang kedua). Sultan Sulaiman lahir pada 19 Rabiul Akhir 1282 Hijrah/11 September 1865 Masihi dan mangkat pada 30 Muharam 1357 Hijrah/31 Mac 1938 Masihi (sama tahun kemangkatannya dengan Sultan Iskandar Shah Perak). Baginda merupakan Sultan Selangor ke-5 yang memerintah Selangor selama 40 tahun iaitu dari tahun 1898 hingga tahun 1938 Masehi. Baginda menaiki takhta menggantikan nendanya, Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah yang mangkat dalam tahun 1898 setelah memerintah Selangor selama 41 tahun. Jika ditelusuri salasilah keluarganya, Sultan Sulaiman mempunyai susur galur keturunan Raja Bugis yang berasal dari Luwuk. Moyang saudaranya adalah Raja Haji, pahlawan Melayu Bugis yang sangat terkenal di Alam Melayu yang telah syahid di Teluk Ketapang, Melaka setelah betempur dengan Belanda pada 18 Jun 1784 Masehi.[1]
Sama seperti Sultan Iskandar Shah, Sultan Sulaiman juga sangat suka berapit dengan ulama. Dizaman baginda, seorang ulama besar dari Patani iaitu Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani telah dilantik menjadi Syeikhul Islam. Dengan Syeikhul Islam inilah, Sultan Sulaiman mendapatkan pandangan khususnya tentang pentadbiran dan penyebaran agama di seluruh negeri Selangor pada waktu itu. Bahkan jika berkunjung ke luar negara pun, Sultan Sulaiman tetap membawa Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani agar mengikuti baginda dalam dalam rombongan baginda.[2]

Syeikhul Islam Selangor Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani



Sultan Sulaiman sangat mementingkan kemajuan Islam di negerinya. Baginda membina sebuah masjid yang diberi nama dengan nama baginda iaitu Masjid Alauddin di Kuala Langat, Selangor.[3] Sebagai ketua agama Islam, baginda sendiri berdiri membaca khutbah Jumaat, khutbah kedua-dua hari raya; Aidilfitri dan Aidiladha.[4]
Dalam kesibukannya memerintah negeri Selangor, baginda sempat meluangkan masa mengarang dua buah kitab iaitu Kitab Pohon Ugama Bahagian Rukun Iman dan Kitab Melatih Kanak-kanak Laki-Laki dan Perempuan Agama Islam 1. Kitab Pohon Ugama Bahagian Rukun Iman selesai ditulis oleh baginda pada tahun 1337 H/1919 M.[5] Kitab ini pernah dicetak oleh Mathba'ah New Klang Press, Klang pada 15 Jamadilakhir 1349 H/1930 M.[6] Kitab ini telah disemak oleh Syeikhul Islam iaitu Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani.[7] Kitab Melatih Kanak-Kanak Laki-Laki Perempuan, Agama Islam 1, diselesaikan oleh baginda di Istana Mahkota Puri, Kelang pada 3 Zulhijjah 1348 H.[8] Kitab ini pernah dicetak oleh The Boon Hua Press, Kelang pada tahun 1349 H/1930 M.[9] Kandungan kitab ini adalah tentang ilmu tauhid dan disasarkan kepada kanak-kanak yang baru hendak belajar di dalam sekolah agama.[10] Kitab ini juga telah disemak oleh Syeikhul Islam, Tengku Mahmud Zuhdi al- Fathani.[11] Seperti yang dicatat oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir,
Selain memuji kandungan karya, Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani juga memuji baginda sultan, katanya, ``... padahal ia daripada karangan orang yang mempunyai akal yang sempurna. Dan tinggi hemah pada meneguhkan tiap-tiap pekerjaan yang berguna. Iaitu mereka yang menghamparkan atas rakyatnya naung kurnia. Dan aman hadhrat yang mentadbirkan dan memerintahkan negeri Selangor Darul Ehsan Yang Maha Mulia Maulana as-Sultan Sir Alauddin Sulaiman Syah ibni al-Marhum Maulana al-Mu'azzam Raja Musa ...''[12]
Selain Masjid Alauddin, sebuah lagi masjid yang turut memakai nama baginda ialah Masjid DiRaja Sultan Suleiman.[13] Masjid ini telah dibina pada tahun 1932 sempena pengisytiharan Kelang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor.[14] Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda sultan sendiri pada tahun 1934 dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah.[15] Masjid ini pernah dijadikan masjid negeri Selangor sehinggalah terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.[16] Pada masa ini ia dimasyhurkan dengan nama Masjid Diraja Klang.[17]




Masjid Di-Raja Kelang


Nama baginda juga turut diabadikan pada sebuah bangunan yang sangat berjasa kepada aktivis-aktivis Melayu khususnya yang berkecimpung dalam bidang penulisan dan kewartawanan. Bangunan tersebut ialah bangunan Kelab Sultan Sulaiman.[18] Bangunan ini terletak di Kampung Baru dan merupakan kelab orang Melayu tertua dan yang terkemuka di negara ini pada satu ketika dahulu.[19] Sejak ditubuhkan pada 1909, kelab ini sering dijadikan tempat bermesyuarat oleh pelbagai persatuan peringkat kebangsaan antara ialah seperti Sahabat Pena, Persatuan Penulis-Penulis Melayu Malaya dan Persatuan Melayu Selangor.[20] Pada 18 Ogos 1940, kelab ini pernah digunakan untuk mengadakan Kongres Wartawan bagi menubuhkan Kesatuan Wartawan Melayu Se Malaya.[21]



Para Perwakilan 'Kongres Pertama Melayu' dari Singapura dan Tanah Melayu bergambar beramai-ramai di perkarangan Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru. Foto: Bernama


[1] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Sultan Sulaiman Selangor – Sultan yang mengasihi Ulama. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 5 Julai 2004. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive
[2] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Sultan Sulaiman Selangor – Sultan yang mengasihi Ulama. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 5 Julai 2004. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive
[3] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Sultan Sulaiman Selangor – Sultan yang mengasihi Ulama. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 5 Julai 2004. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive
[4] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Sultan Sulaiman Selangor – Sultan yang mengasihi Ulama. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 5 Julai 2004. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive
[5] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Sultan Sulaiman Selangor – Sultan yang mengasihi Ulama. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 5 Julai 2004. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive
[6] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Sultan Sulaiman Selangor – Sultan yang mengasihi Ulama. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 5 Julai 2004. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive
[7] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Sultan Sulaiman Selangor – Sultan yang mengasihi Ulama. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 5 Julai 2004. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive
[8] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Sultan Sulaiman Selangor – Sultan yang mengasihi Ulama. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 5 Julai 2004. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive
[9] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Sultan Sulaiman Selangor – Sultan yang mengasihi Ulama. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 5 Julai 2004. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive
[10] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Sultan Sulaiman Selangor – Sultan yang mengasihi Ulama. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 5 Julai 2004. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive
[11] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Sultan Sulaiman Selangor – Sultan yang mengasihi Ulama. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 5 Julai 2004. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive
[12] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Sultan Sulaiman Selangor – Sultan yang mengasihi Ulama. Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 5 Julai 2004. Boleh dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive

[13] Dirujuk dari http://www.my-rummy.com/Klang_Masjd_diraja_Sultan_Suleiman.html. Dicapai pada 16 Oktober 2009
[14] Dirujuk dari http://www.my-rummy.com/Klang_Masjd_diraja_Sultan_Suleiman.html. Dicapai pada 16 Oktober 2009
[15] Dirujuk dari http://www.my-rummy.com/Klang_Masjd_diraja_Sultan_Suleiman.html. Dicapai pada 16 Oktober 2009
[16] Dirujuk dari http://www.my-rummy.com/Klang_Masjd_diraja_Sultan_Suleiman.html. Dicapai pada 16 Oktober 2009
[17] Dirujuk dari http://www.my-rummy.com/Klang_Masjd_diraja_Sultan_Suleiman.html. Dicapai pada 16 Oktober 2009

[18] Dirujuk dari http://http://www.bernama.com/selangor_maju/newsbm.php?id=248994&lang=my&cat=fe+sultan+sulaiman+selangor&cd=14&hl=en&ct=clnk&gl=my. Dicapai pada 16 Oktober 2009
[19] Dirujuk dari http://http://www.bernama.com/selangor_maju/newsbm.php?id=248994&lang=my&cat=fe+sultan+sulaiman+selangor&cd=14&hl=en&ct=clnk&gl=my. Dicapai pada 16 Oktober 2009
[20] Dirujuk dari http://http://www.bernama.com/selangor_maju/newsbm.php?id=248994&lang=my&cat=fe+sultan+sulaiman+selangor&cd=14&hl=en&ct=clnk&gl=my. Dicapai pada 16 Oktober 2009
[21] Dirujuk dari http://http://www.bernama.com/selangor_maju/newsbm.php?id=248994&lang=my&cat=fe+sultan+sulaiman+selangor&cd=14&hl=en&ct=clnk&gl=my. Dicapai pada 16 Oktober 2009